Saturday, November 09, 2013

Listing Your Blog Here!!



Assalamualaikum,,

Join ini di saat-saat akhir,,

Expired date: 10 November 2013


November Giveaway by Cik Yaya

Assalamualaikum,,

Dek bosan kerana cuti yang panjang dan tak tahu nak buat apa,aku pun join la bende alah ni. Giveaway,saja nak cuba-cuba.Ape pun, all the best for me. Kalau nak join, marilah klik kat bawah ni..Tq.



Nak Join? Meh Klik Banner.

Friday, November 08, 2013

GEMPAR!! Kucing Pengsan Lepas Sapu Rumah

KOTA BHARU- Seekor kucing yang sedang sarat mengandung ditemui pengsan oleh seorang penduduk kampung di sini. Kejadian ini disedari selepas penduduk terbabit terlihat seekor kucing betina yang mengandung beberapa bulan, tidak sedarkan diri di dalam sebuah penyodok sampah di rumahnya. Turut ditemui berdekatan mangsa ialah sebatang penyapu yang kemungkinan digunakan oleh mangsa untuk membersihkan tempat tidurnya. Satu lagi mangsa yang berkemungkinan suami mangsa, turut tidak sedarkan diri.
Laporan berhubung kejadian berkenaan telah dibuat di ibu pejabat polis Tanjung Rambutan. Mangsa yang terlibat segera dihantar ke hospital yang berdekatan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan. Kesemua mangsa dilaporkan stabil dan telah sedarkan diri. Punca kejadian belum dikenal pasti, dan berkemungkinan disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan ataupun BANYAK MAKAN. Berikut ialah foto mangsa yang berjaya dirakam oleh saksi berkenaan. Hehe. Enjoy deh.                                                                                                                                                               

                                                                                                                                                                      

   
'Pengsan' setelah seharian 'bekerja'



Bersama pakwe tercinta





Sekian melaporkan.


Thursday, November 07, 2013

The nightmare

Assalamualaikum,,

Post ni bukanlah berbaur seram kemayan ataupun citer hantu jepun. Ni kisah mimpi ngeri aka nightmare aku masa zaman beringus dulu. Kalau tak silap dalam umur 5tahun. Sampai sekarang aku ingat lagi mimpi menakutkan tu. (Bagi seorang budak kecik tak cukup umur, memanglah takut. Tapi bila fikir balik sehabuk pun tak seram nightmare aku tu.)

Apa yang aku still ingat, aku pergi bukak bilik tidur kami adik beradik. Bukak je, tersembul la sebijik mata besar kat atas katil. Nak cakap bola mata pun dop, sebab dia tak bulat. Dek terkejut plus takut, aku terus lari keluar. Tak tahu la macam mana, tiba-tiba je aku sampai kat pasar dan ada 2 orang berpakaian kot hitam dan berkaca mata hitam kejar aku. Mesti rasa de javu kan. Macam men in black. Tu je yg aku ingat. Hampeh.

Dah kata memang tak seram pun. Tapi disebabkan mimpi ni, aku berhari-hari duk bercerita dgn semangatnya kat mak bapak ku, dan beberapa hari juga tak lena tidur. Memang satu nightmare utk aku dan juga orang kat skeliling aku time tu.

Kalau nak jelas macam mana rupa mata tu duk mengerling manja kat aku, aku ada lukis utk memudahkan korang nak imagine, dan juga memudahkan aku kalau tiba2 aku diserang dementia.



p.s#  sila abaikan nama cik poll sitara tu. Tu nama glamour time jadi artis tak bertauliah berdekad yg lalu.


Wednesday, November 06, 2013

Baking project: Carrot almond cake with cheese frosting

Assalamualaikum,,
Lama sangat dah tak post apa-apa kat blog ni. Bukan tak sempat, tapi tangan ni malas sangat nak menaip. Kerana cuti yang amatlah panjang ni, sampai tak tahu nak buat apa dah, maka barulah tertergerak hati nak menaip.
Disebabkan harini, hari membaking kek, so, post ini hari pun pasal kek la jugak. Kek yg aku buat hari ni adalah "carrot almond cake with cheese frosting", atau dalam bahasa melayunya, "kek lobak almond dengan lepa keju". Panjang gila nama. Kek ni adik bongsuku yang request selepas berkali-kali menyuruh abang dia pergi beli kek lobak. Feveret katanya. Aku pula,memang tak makan kek carrot ni, sebab aku kurang sikit makan sayur.
Dah takde kerja nak buat,pagi tadi start la buat kek ni. Lepas je semua pergi sekolah,terus aku pergi dapur, parut carrot. Sampai patah pemarut tu aku kerjakan. Setelah hampir 3 jam duk mengotorkan dapur, nilah hasilnya yang keluar.

Resepinya saya ambik kat myresepi: By newbie123



Bahan-bahan ( 1 biji kek )

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran [letak minyak jagung]
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis [tak letak]
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg) [tak letak gak]
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang [aku letak kismis gak]

Cara-cara

Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebatiMasukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

Utk topping aku main campak je cream cheese, butter, gula, esen vanila perahan limau sikit. Kalau nak resepi yang sedap, boleh tengok kat blog 'air tangan cik siti'


p.s#  adik aku spm harini. All the best and good luck. Get as many As as u can..

Friday, July 13, 2012

ESS III: Puasa yangyuk



Pejam celik pejam celik, Ramadhan bakal datang lagi. Tinggal beberapa hari je lagi. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan bernafas di bawah langitNya. Ya Allah, izinkan aku lagi untuk melalui RamadhanMu kali ini. Insyallah. How I miss it.

Masa zaman kecil dulu, part yang paling gembira time puasa ni, ialah time nak menunggu penguguman puasa tu. Padahal bukan muka Doremon pun yang keluar kat tv tu. Tapi, aku ngan adik-beradik yang lain memang setia menunggu walaupun dah tau esoknya mesti puasa. Walaupun tu bukan first time kami berpuasa, tapi disebabkan Ramadhan cuma setahun je sekali, kami adik-beradik dah macam orang 'darat' la pulak. Habis ja penguguman tu, terus kami bersorak ramai-ramai. Yeye, esok puasa!!

Masing-masing tersenyum lebar. Dalam hati memang duk pikir nak makan apa sahur esok pagi. Semua plan nak bangun awal pagi. Nak tolong mak sediakan sahur la, ada yang plan nak masak menu sahur yang special sikit.

Keesokannya.....

Hm,,tau-tau jelah. Semua liat nak bangun. Bangun tu pun sebab abah yang kejutkan. Kalau tak, bersahur dengan air liur basi dan sisa-sisa di celahan gigi jelah. Dengan mata yang masih terpejam, aku bangun la jugak. Tengok kat atas meja, dah siap pun makanan untuk sahur. Senang je. Panaskan je lauk-pauk dan nasi semalam. Tak payah susah-susah nak masak. Kalau masak pun, bukannya makan. Mama dan abah je yang makan nasi time sahur. Kami yang kecik-kecik ni terkebil-kebil tak tahu nak makan apa. Nasi waktu-waktu macam tu bukanlah menu yang sesuai. So biasanya, kami sahur dengan nestum jelah. 

Tu masa sahur. Lepas sahur hingga waktu tengah hari adalah waktu yang aku paling aktif. Perut langsung tak rasa lapar. Rasa bertenagalah orang kata. Yelah, waktu tu kan masih sesi sekolah. Kalau lapar pun, tak boleh nak buka puasa. Tak pasal-pasal kena kutuk dek kawan-kawan sebab puasa yangyuk. Tak kurang jugak yang pergi report kat cikgu.

Pernah dengar tak orang kata;  "Puasa yangyuk, tengah hari buka periuk"
 
Dulu aku pelik jugak, kenapa time tengah hari baru dia buka periuk. Tapi, setelah bertahun-tahun aku puasa, baru aku perasan sesuatu. Time tengah hari la biasanya perut aku start menyanyi minta diisi. Nafsu makan time tu memang memuncak. Tengok iklan tv pun terliur. Lagi-lagi, iklan time bulan puasa ni banyak tunjuk gambar makanan yang melelehkan air liur aku. Iklan biskut-biskut raya lah. Orang duk tuang-tuang soya campur cincaulah. Kenapa sebelum Ramadhan tak nak siar pun. Hurm. Time ni lah keimanan memainkan peranan paling penting. Sabar dan sabar walaupun perut tengah menyanyikan lagu 'Keroncong untuk Ana.'

Biasalah, budak baru belajar puasa, adalah time dia pergi senyap-senyap curi makan. Bagi sesiapa yang tak pernah curi-curi bukak puasa masa kanak-kanak dulu, alhamdulillah lah. Aku memang tabik kat korang. Tapi aku tak boleh nak tabik spring kat diri aku sendiri sebab aku pernah buat benda tu. Ala, ramai je yang pernah buat time kecik-kecik dulu.

Cerita aku, aku pergi seludup biskut raya yang mama aku baru keluarkan dari oven, terus masuk ke dalam poket. Kalau dapat satu tu pun kira ok lah. Dua tiga lagi cun. Agak-agaklah, nak rasa biskut tu je sebenarnya.  Terus je aku lari masuk bilik dan makan dengan cepatnya. Sebelum keluar bilik, kena lah check mulut takut ada bukti-bukti tertinggal. Then, pergi dapur balik tolong mama buat biskut raya. Pernah tu, aku culik segenggam kacang yang mama aku goreng untuk dibuat biskut kacang. That's why aku tak berapa gemar kalau mama ajak buat biskut raya time siang-siang ni. Dugaannya amat besar bagi seorang kanak-kanak seperti aku. Sebab tulah aku selalu ajak mama buat malam-malam lepas berbuka, sebab boleh makan biskut tu terus.

Yang tu cerita aku time kanak-kanak. Bila aku cerita kat adik-adik aku, dorang pun lebih kurang sama je. Even my parents pun pernah mengalami perkara yang hampir sama masa dorang kecik-kecik dulu. Hurm, memang puasa yangyuk popular dikalangan kanak-kanak. Dan jugak dikalangan segelintir orang dewasa.

p/s: ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Thursday, July 12, 2012

ESS II: i'm synonym with 2D



It's not about the 2D movie or whatever it is called. It's about how the number 2 and D is so synonym with my life. Maybe some of you have your own fav number or even fav letter. Just like my friend who love 7 as she was born on July. And I love number 8 not only because I was born on that month. Actually, I do love the figure of the 8. Maybe because it do look like a curve of a woman.

2 plays great role in my life. I am the number 2 in my siblings. In my primary school, most of the time, i always got number 2 in exam. Almost of the time maybe, from standard one to six. And the one who always be the number one is 'he'. There was one time when I finally got number 1. I was so happy, cause number 1 means, larger presents from the teachers. But, my happiness was not last longer. My mum who was my class teacher, give me back my number 2 and 'he' got his number 1 back. Reason is, she afraid that 'he' and 'he' mum will be sad just because 'he' got one point below me.

Then, when I entered university, I seat for MUET. It happened again. I failed to get the required band with just 2 marks below the borderline. Then, the second time, I manage to get that band with just 2 marks over the borderline. I was lucky for just 2 marks. But, that's not mean 2 is my lucky number.

D. That's what my friends call me. With a single D or double D. My name also start with a D. And I take a course which also start with D. Insyallah, I will be a Dentist and got a title D front of my name.Insyallah. Hope I will be one of the final year student for the next sem.

p/s: my future H also will start with  D as I'll call him 'Darling'..Just kidding..

Just to make it clear,,H stands for Hubby. Not an initial of someone.. (-L-)


Wednesday, July 11, 2012

when 1 + 1 is not 2




Two is not the answer for 1 plus 1 when,
A man have a date with his non-muhrim,
 Even just two of them,
In the reality, they are three
One you cannot seen is accompanying you.

It is not two,
When a man got married with a woman,
 as the marriage is not just between that two,
and it bond both family too.

The sum is maybe just one,
When ukhuwwah fillah is what we 
And all of us is just one,
with one





Tuesday, July 10, 2012

Entry sebelum study I


Masa kecik-kecik dulu, mama ajar, setiap kali sebelum tidur, baca tiga Qul plus doa tidur dan tiup kat seluruh badan. Mama kata buat doa pelindung. Aku pun praktis lah tiap malam. Maybe dulu-dulu aku ni sangat penakut. Selalu terbayang  hantu kat atas almari la, kat bawah katil la. Kadang-kadang, bantal peluk aku yang macam hantu bungkus tu, aku buang jauh-jauh. Manalah tahu dia bertukar jadi benda lain. We never know,hehe.

Tapi sekarang, doa tidur pun tak ingat nak baca. Letak je kepala, terus K.O. Kalau time ingat nak baca tu, bacalah jugak. Tapi boleh dibilang dengan jari. Bukan tak ingat nak baca, tapi terlupa.

Masa kecik-kecik dulu, mama larang kami buat bising tiap kali time maghrib. Sebelum maghrib, semua kena ada kat dalam rumah. Tak boleh berkeliaran, sebab time tu, banyak benda lain tengah berkeliaran.Time dari azan maghrib ke azan isyak,kami semua kena duduk diam-diam. Tak boleh bergurau dan main-main. Mama selalu kata, kalau main time tu, nanti benda tu ikut main sama. Aku fikir, mungkin tu just cara orang-orang tua nak mengawal anak-anak dorang. Tapi, bila tengok adik aku yang benjol kat kepala akibat main tumbuk bantal sorang-sorang time maghrib, aku jadi percaya.

Tapi sekarang, time mahgrib pun aku still ada kat luar rumah jugak. Kadang-kadang bergurau bersama teman and buat bising bersama. Hm, tak de la pulak benda tu nak buat bising bersama. Myb dia suka kacau budak-budak je kot.

Masa dulu-dulu, dalam 3-4 bulan sebelum exam, mama mesti tak bagi kami tengok tv. Mama akan tampal kertas besar kat skrin tu. "NO TV". Aku ingat lagi, time mama and abah tak ada kat rumah, adik aku akan curi-curi tanggalkan kertas tu. Aku pun join la sekaki tengok tv. Bila mama balik, mama sentuh belakang tv. Huh, panas dowh. Takpe, adik aku yang on, dia yang kena. Jahat.

Tapi sekarang, aku dah belajar kat uni, jauh dari rumah. Semua tu aku tak praktis dah. Study pun depan tv. Even now, bertambah lagi dua skrin. Skrin phone and skrin lappy. Sekarang pun tengah khusyuk menghadap laptop, and on the way nak melayan tv pulak.

Sudah cukup cukup sudah,,study study la weh..




Andai dapat diundurkan masa



Kelmarin aku balik Kelantan. Walaupun just sehari, rindu terubat jugak bila tengok wajah orang-orang tersayang yang gembira bila kita balik. Sampai berpuluh-puluh biji durian kenak suruh pulun. Mentang-mentanglah musim durian, ,jenuh tangan duk membaling sisa kulit-kulit dan bijik-bijik durian tu kat belakang rumah; dengan harapan ada lah sebatang dua yang tumbuh nanti.

Malam sebelum aku balik KL tu, mama masuk kat bilik, lepak-lepak kat katil aku. Mama asyik tanya je kenapa balik sehari je, tak puas lagi katanya. Walaupun bukan salah aku, tapi salah kelas and folder checking tu, tapi aku tetap rasa bersalah. Kesian mama. Tapi aku pun salah jugak, sebab jarang sangat balik. Samalah jugak dengan adik-beradik yang lain. Semua bertebaran kat dalam usim.

Bila dah besar ni, semua pun sibuk dengan urusan masing-masing. Even satu uni, tapi nak dapat cuti sama-sama tu payah sangat. Tak tahu la kalau semua dah kerja nanti, mesti mama dengan abah sunyi. Aku tahu dorang rindu waktu-waktu dulu bila satu family cukup. Pergi makan angin kat pantai-pantai, melawat sedara-mara kat sabah. Mama kata; kalaulah boleh sumpah kitaorang ni, mama nak sumpah kami semua jadi kecik balik. Bolehlah mama bawak pergi jalan-jalan. 

p/s: mama plan raya ketiga nak jalan pi PERAK. Harap-harap time tu semua masih cuti.
p/s I : BTW, congratz to my sis..waiting for your graduation day..:)

e-m-o

Monday, June 25, 2012

Pre-exam syndrom..


Salam,


Minggu ni ialah minggu last clinic untuk kami sebagai 4th year students kat FPg ni. And about few weeks later, we'll have our final exam. Seriously, exam syndrom tu datang lagi. Rasa malas and tak berapa nak ada mo0d tu melanda untuk yang ke berapa kali pun tak sure. Plus problem yang datang tiba-tiba. Time ni jugak la duk rindu kat kampung halaman. Terasa nak lari jauh dari semua ni, but, suddenly, I realize, it is a must for me to face it. Ya Allah, tabahkan hati hambaMu untuk menghadapi semua ini..:)


t-a-b-a-h-k-a-n--h-a-t-i






Sunday, June 17, 2012

Salah Letak ??


Sebenarnya kisah ni dah lama berlaku dan mungkin pernah diceritakan kepada kawan-kawan yang lain. Tapi tak salah rasanya kalau dicoretkan jugak dalam blog ni. Sekadar berkongsi pengalaman.

Hari tu, hari yang gembira sangat. Mana taknya, nak balik Kelantan ni. So, rutin ktorg, sebelum naik bas balik kampung, mesti singgah kat CS kat The Mall tu. Terpaksalah beli barang-barang untuk adik-adik. Nanti kang ada pulak yang tarik muka seposen pulak.

Time tengah usha2 barang-barang yang nak dibeli, tiba-tiba hati terpikat dengan sebuah peti aiskrim yang sangat comel kat sebelah frozen food punye section. Rasa macam nak beli je . Bukan Wall's, bukan Nestle.Tak pernah nampak pun brand tu sebelum ni. Terus je lari kearah peti tu macam kanak-kanak riang. Sampai je kat peti aiskrim tu...YA ALLAH!!

WINE ICE_CREAM. Siap ada label Non-halal lagi.Macam mana lah boleh tersesat kat sini ni.Dekat dengan peti aiskrim yang lain pulak tu.


Dengan hati yang sentap dan kecewa, terus je blah dari situ. Next target was biscuits. Plan hari tu nak beli TimTam. Kat CS ni, banyak choice TimTam yang boleh kita jumpa. Ada yang murah, ada tu yang mampu pegang je lah. Mahal kut. Tengah syok duk pilih nak perisa coklat ke Vanilla, tiba-tiba mata ternampak satu label kecik diantara TimTam2 tu. " Non-Halal ". YA ALLAH, benda apa pulak yang tersesat skarang ni. 


Hm, baru perasan, antara TimTam yang mahal tu, salah satunya RUM & RAISINS. Terus tak jadi nak beli TimTam. Last2, just beli benda yang wajib ada tiap kali nak naik bus je, CHEWING GUM. Untuk adikku di Kelantan, haha, aku tak beli pape.


me :c.o.n.f.i.u.s

 

Monday, June 11, 2012

Outdated



Dah lama tak update blog ni..Bukan sebab malas, tapi BLOGGER yang tak nak load-load. Tak tau kenapa. Sakit pale duk pikir.

Akhirnya, malam ni, setelah hampir setahun, tergerak hati nak cuba-cuba bukak blog. Berbekalkan broadband yg dah beberapa kali exceed limit,tiba-tiba ja hari ni boleh buka. 

Terkejut plus gembira sampai tak ingat nak jemur baju. Terus je tangan nak mengepos something. But, time nak taip post ni, terkejut monyet buat kali kedua.

BILA MASA BLOGGER DAH JADI LAIN NI??
(persoalan yang tak akan terjawab)

me : o-u-t-o-f-d-a-t-e

Wednesday, June 08, 2011

masih rindu..

Masih rindu kat korang semua di sana. Ntah bila nak hilang prasaan ni. Duk asyik ingat kat korang je. Tringat masak kat dapur tu, walaupun periuk ngan kuali asyik nak terbalik je,,he2. Pi jalan2 kat Perdana Park best walaupun kempunan tak dapat tengok air pancut menari tu. Jalan-jalan kat Muzium Sabah tu pun best giler walaupun kaki sakit dan menggeletar sbab tak makan lagi. Insyallah kalau umur panjang, kita jumpa lagi.. Miss u all..And thanks a lot atas layanan korg..

Friday, May 20, 2011

selongkar laci time cuti..


.........................................


Sudah seminggu cuti finalku berlalu. Banyak kerja yang tertangguh. Nak siapkan kerja kursus geografi and sejarah adik lagi..Due date,,hari ahad ni..Huarghh,,sakit otak nak buat karangan sal sejarah yang memang aku tak berapa suka. Tajuknya,, "Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuhkan integrasi nasional." Pecah kepala nak fikir idea. Last-last adik aku copy paste kwan dia pnye. Nasib baik jgak..Tinggal lagi nak buat wau nabila..


Dalam kemalasan nak siapkan folio-folio tu, sempat jgk menyelongkar kembali khazanah-khazanah lama dalam laciku. Ternyata benda 13 tahun lepas pun still ada tersimpan. Kalau mama nampak ni, mesti mama kata sampah. Tapi kalau ternak benda-benda ni 20 tahun lagi, mesti jadi barangan antik..He2..Setiap barang-barang yang aku simpan tu, ada kenangan tersendiri...Misalnya,,



Buku luahan hati dan jiwa yang lara..tak ingat beli bila..Rasanya masa masuk skola menegah dulu..So,,dah 10tahun simpan benda ni..Kat dalam tak yah nak tunjuk la,,tergelak baca hasil tulisan sendiri yang tak matured lagi time tu..(macam la skrg dh matured).




Ni buku catatan pengawas masa aku darjah 4..Dah 13 tahun umur buku ni..Aku ingat agi aku asyik salah je tulis tajuk kat depan buku tu. Nak tulis buku CATATAN..tapi dengan yakinnya pegi tulis buku CACATAN..memang lama jgak la buku tu berlabel CACATAN..balik-balik duk liquid, salah tulis lagi..liquid lagi,,salah lagi. So, seinci jgak la liquid aku tepek kat buku tu. Yang tragisnya, sampai skarang aku duk tertukar je antara dua perkataan tu..


Ha,,ni nametag ku yg dah berkecai dan mintak dibuang sbab malu, sedih and pilu mengenangkan nasib badannya. Tapi aku masih simpan lagi..




Yang paling aku suka adalah bulu-bulu ayam ni yg aku cabut dari penyapu bulu ayam kat kelas aku masa darjah 4. Mujur tak gondol penyapu tu. Aku adalah antara budak-budak yg tertipu sebab percaya bulu-bulu tu boleh beranak kalau taruk lam buku dan letak bedak sebagai makanan dia. Hampir 13 tahun bulu tu terkepit lam buku tu,,tapi tak bertambah-tambah pun. Still sama. So,,ini membuktikan hypotesis kanak-kanak ku ternyata salah. Nak buang sayang,,so aku simpan je sebagai bukti keb*^!han ku..Harap dapat tunjuk kat anak-anak nanti..Insyallah..



Wednesday, May 11, 2011

Antara Cinta & Cita,,akanku pilih.....

Dalam penantian menanti result exam yg still tak dapat2..nampaknya cita2 nak balik awal tinggal angan-angan. Tiket balik kelantan pun tak beli lagi. Hujung minggu ni memang pakai sorong je beg gedabak tu pegi stesen putra. Harap2 ada tiket yang masih berbaki utk kita0rg. Mama tak jenuh2 call suruh balik awal. Paling awal pun hari sabtu la boleh balik. Bilik pun dah macam tongkang pecah,,penuh ngan kotak2. Saja packing awal2, coz tak sabar sangat nak balik. Tapi, perasaan takut nak balik rumah pun ada jugak. Need to prepare myself for anything that will happened..Hope she doesn't ask a lot..

Friday, April 15, 2011

ku mulakan pagiku dengan tangisan..seriously,,aku nak balik rumah..



Puhh,,panjang giler tajuk. Bukan apa, tangan rajin sangat nak menaip.. Tapi memang,,pagi2 lagi lacrimal glandku start buat perangai..bergelen2 jgak la yg tumpahnya..abes bantalku basah..nasib bek rumate2ku tak bangun agi..


Nak dijadikan cerita, masa nak bangun smayng subuh pagi tadi, aku terperasan ada 1 new messege kat inbox ensetku..Ingatkan 'ehem2' yg hantar,,rupa2nya sms dari mama tersayang.. Pelik jugak,,sbab tak pernah mama hantar sms pagi2 gini.. Aku pun buka dan baca sms tu..


mama : adik sihat ke.mama mimpi adik smlm

Aku pun apa lagi,,start gelabah..Rasa bersalah pun ada, sebab dah 4 hari tak call umah..T_T Bersalah sangat2..Ada jgak terfikir,,mama mimpi yg tak baik ke pasal aku?? Then,,aku pun reply la sms mama tu..


aku :alhamdulillah..chat..mimpi ap ma?

mama : ma mimpi jumpa ekien......

aku : O0,,sory mama, lama ekin x tepon umah..mama chat ke ? Mama mimpi ekin buat ap ?

mama : mama cuma pegang2 jer..mama chat..mama rindu kat ekien......



Tengah duk bermesej ngan mama,,seriously, air mataku tak berhenti2 mencurah ke ladang gandum.. Finally, aku ambil keputusan nak call mamaku, tapi kang tak pasal2 mama leh detect aku tengah sebak tahap gaban..Pada mama, aku ni memang keras hati ckit, payah nak nangis.. Tp sbenarnya aku saja control macho depan mama..

Setelah beberapa lama duk fikir, akhirnya, aku call jugak mamaku..Dengan suara sebak dan hidung yg basah,,aku pun memulakan salam..Dan mamaku membalas..

"Lorr,,kenapa lain je suara..tak hilang lagi ke slesema ?? Tak beli ubat selesema ke ?? Lain dah suara....." (Ha2,,thanks to my selesema..)


Dan sekarang,,aku betul2 nak balik rumah!!!








Wednesday, April 06, 2011

I "LIKE" exam mode...

Dgn tak ikhlasnya,,aku umumkan, aku sgt2 'suka'kan exam..Mandi setong air pun tak basah, makan bertan-tan pun tak kenyang, tidur 10 jam pun tak lena di buatnya..Cam org angau la plak.. Apa yg aku paling 'suka' pasal exam ni ialah;


  • Xm membuatkn power speckku bertmbah naik..Kdg2, skit kpala dibuatnya..


  • Gastric slalu menyerang..mungkin nscafe penyebabnya..


  • Mata jd cam panda..(comel jugak)..


  • Kdg2 brtukar jd antisosial..x ske tgur2 org ni..


  • Katil jd tmpt bertapa..

Xsbar nk tunggu abes xm..already have a long list on things dat i wanna do aftr xm..


Saturday, March 19, 2011

special for my ibu..

Ibu,,
Kali pertama kami jumpa ibu, masa ibu kecil lagi. Ekin pun kecil jugak. Baru eman tahun. Ibu datang dekat kami.Ibu lapar sangat.Kami bagi ibu makan.Nasi gaul ikan je yang kami boleh hidangkan untuk ibu.Ibu makan dengan lahapnya.Ekin suka tengok ibu makan..Ekin selalu tunggu kat sebelah ibu sampai ibu habis makan.Ekin suka cakap ngan ibu masa ibu makan.Ibu comel sangat masa tu.

Dari hari itu, ibu selalu jenguk kami kat rumah..Kami gembira ibu datang. Setiap kali ibu datang, kami bagi ibu makan. Lama-lama, ibu pun pindah ke rumah kami. Kami jaga ibu dengan penuh sayang. Ekin takut ibu tinggalkan kami. Ekin tak suka sebab rumah ekin kat depan jalan. Ekin selalu mimipi ibu kena langgar kereta. Ekin takut. Satu hari, apa yang ekin takut, berlaku juga. Ada motorsikal langgar ibu. Alhamdulillah, ibu masih hidup. Tapi dua-dua kaki ibu kat belakang patah. Kami jaga ibu sampai ibu boleh jalan.

Ibu,,kami masih ingat peristiwa bulan ramadhan tu. Masa tu kami tertidur dengan nyenyaknya. Kami hampir terlepas bangun sahur. Mujurlah ibu masuk bilik kami dan kejutkan kami. Terima kasih ibu.

Satu malam, kami semua pergi keluar jalan-jalan. Kami tinggalkan ibu sorang-sorang kat dalam rumah. Kami tak ingat pun pasal ibu. Bila kami balik, ibu tak ada. Mungkin ibu pergi keluar jumpa kawan. Masa kami tengah gosok gigi nak tidur, kami dengar suara ibu minta tolong dari dalam perigi. Ya Allah, ibu jatuh dalam perigi rupanya. Kami guna bakul naikkan ibu ke atas. Ibu kesejukan. Kami ambil kain, keringkan ibu. Panjang umurmu ibu.

Ibu, enam tahun lepas tu, kami terpaksa pindah rumah. Ekin risau kalau ibu tak nak ikut kami dan tinggal kat rumah baru kita. Ekin gembira sebab akhirnya ibu ikut kami. Ibu bawa anak-anak dan cucu-cucu ibu bersama. Lagi ramai lagi meriah,,kan ibu??

Masuk tahun kelapan ibu bersama kami, ibu mula selalu sakit. Tiap kali ibu sakit, ibu duduk dekat air. Ekin tak suka tengok ibu duduk kat tempat basah,,sebab mama kata, "kalau dah duduk dekat air tu, dah nak mati la tu". Bila ibu sakit je, ibu mesti tak nak makan. Badan ibu sangat kurus masa tu. Ekin selalu bancuh susu nak bagi ibu makan. Sambil nangis, ekin suapkan ibu susu. Ya Allah, panjangkan lah umur ibu..Alhamdulillah, ibu sihat akhirnya.

Tahun 2006, ekin dah form5. Nak ambil SPM dah. Ekin dah besar. Ekin takut sangat masa dekat exam tu. Setiap kali bagi ibu makan, ekin selalu suruh ibu doakan kejayaan ekin. Ekin suka cakap-cakap ngan ibu bila ekin tension. Biarlah apa orang nak kata. Ekin tak kisah.

Alhamdulillah, akhirnya SPM pun tamat. Ekin dah tak tension dah. Tapi, tak lama lepas tu, ibu pula sakit. Ibu sakit teruk. Mama kata, ibu sakit tua. Kami paksa ibu minum susu sebab takut ibu mati. Sedih tengok ibu macam tu. Tiga hari kami tengok ibu tak bermaya. Keesokanya, ibu hilang. Kami tak tahu ibu pergi mana.Ibu tak pulang-pulang. Orang kata, kalau kucing nak mati, dia akan pergi jauh-jauh. Hari tu, ekin nangis je lam bilik. Hampir 12 tahun ibu tinggal ngan kami. Kami anggap ibu macam family sendiri.

Tahun ni,, hampir 5 tahun ibu pergi hilangkan diri. Tapi kami masih teringatkan ibu. Ekin rindu nak cakap-cakap ngan ibu.Rindu nak peluk dan cium ibu. Ibu,,kami tak akan lupakan ibu.. Thanks for being such a best cat..
Really miss u,,ibu...

Saturday, January 01, 2011

neW yeaR..new xPerience..

2011..
New year..
starting my morning with hiking..
first time in my life..
thought that I could not make it..
but finally i'm at the top of it..
thanks to my BUM coz u grip the path so well..
stopping me from rolling down and soil my damp shirt..
everyone, i finally make it..
a proof that i'm not weak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...