Friday, July 13, 2012

ESS III: Puasa yangyuk



Pejam celik pejam celik, Ramadhan bakal datang lagi. Tinggal beberapa hari je lagi. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan bernafas di bawah langitNya. Ya Allah, izinkan aku lagi untuk melalui RamadhanMu kali ini. Insyallah. How I miss it.

Masa zaman kecil dulu, part yang paling gembira time puasa ni, ialah time nak menunggu penguguman puasa tu. Padahal bukan muka Doremon pun yang keluar kat tv tu. Tapi, aku ngan adik-beradik yang lain memang setia menunggu walaupun dah tau esoknya mesti puasa. Walaupun tu bukan first time kami berpuasa, tapi disebabkan Ramadhan cuma setahun je sekali, kami adik-beradik dah macam orang 'darat' la pulak. Habis ja penguguman tu, terus kami bersorak ramai-ramai. Yeye, esok puasa!!

Masing-masing tersenyum lebar. Dalam hati memang duk pikir nak makan apa sahur esok pagi. Semua plan nak bangun awal pagi. Nak tolong mak sediakan sahur la, ada yang plan nak masak menu sahur yang special sikit.

Keesokannya.....

Hm,,tau-tau jelah. Semua liat nak bangun. Bangun tu pun sebab abah yang kejutkan. Kalau tak, bersahur dengan air liur basi dan sisa-sisa di celahan gigi jelah. Dengan mata yang masih terpejam, aku bangun la jugak. Tengok kat atas meja, dah siap pun makanan untuk sahur. Senang je. Panaskan je lauk-pauk dan nasi semalam. Tak payah susah-susah nak masak. Kalau masak pun, bukannya makan. Mama dan abah je yang makan nasi time sahur. Kami yang kecik-kecik ni terkebil-kebil tak tahu nak makan apa. Nasi waktu-waktu macam tu bukanlah menu yang sesuai. So biasanya, kami sahur dengan nestum jelah. 

Tu masa sahur. Lepas sahur hingga waktu tengah hari adalah waktu yang aku paling aktif. Perut langsung tak rasa lapar. Rasa bertenagalah orang kata. Yelah, waktu tu kan masih sesi sekolah. Kalau lapar pun, tak boleh nak buka puasa. Tak pasal-pasal kena kutuk dek kawan-kawan sebab puasa yangyuk. Tak kurang jugak yang pergi report kat cikgu.

Pernah dengar tak orang kata;  "Puasa yangyuk, tengah hari buka periuk"
 
Dulu aku pelik jugak, kenapa time tengah hari baru dia buka periuk. Tapi, setelah bertahun-tahun aku puasa, baru aku perasan sesuatu. Time tengah hari la biasanya perut aku start menyanyi minta diisi. Nafsu makan time tu memang memuncak. Tengok iklan tv pun terliur. Lagi-lagi, iklan time bulan puasa ni banyak tunjuk gambar makanan yang melelehkan air liur aku. Iklan biskut-biskut raya lah. Orang duk tuang-tuang soya campur cincaulah. Kenapa sebelum Ramadhan tak nak siar pun. Hurm. Time ni lah keimanan memainkan peranan paling penting. Sabar dan sabar walaupun perut tengah menyanyikan lagu 'Keroncong untuk Ana.'

Biasalah, budak baru belajar puasa, adalah time dia pergi senyap-senyap curi makan. Bagi sesiapa yang tak pernah curi-curi bukak puasa masa kanak-kanak dulu, alhamdulillah lah. Aku memang tabik kat korang. Tapi aku tak boleh nak tabik spring kat diri aku sendiri sebab aku pernah buat benda tu. Ala, ramai je yang pernah buat time kecik-kecik dulu.

Cerita aku, aku pergi seludup biskut raya yang mama aku baru keluarkan dari oven, terus masuk ke dalam poket. Kalau dapat satu tu pun kira ok lah. Dua tiga lagi cun. Agak-agaklah, nak rasa biskut tu je sebenarnya.  Terus je aku lari masuk bilik dan makan dengan cepatnya. Sebelum keluar bilik, kena lah check mulut takut ada bukti-bukti tertinggal. Then, pergi dapur balik tolong mama buat biskut raya. Pernah tu, aku culik segenggam kacang yang mama aku goreng untuk dibuat biskut kacang. That's why aku tak berapa gemar kalau mama ajak buat biskut raya time siang-siang ni. Dugaannya amat besar bagi seorang kanak-kanak seperti aku. Sebab tulah aku selalu ajak mama buat malam-malam lepas berbuka, sebab boleh makan biskut tu terus.

Yang tu cerita aku time kanak-kanak. Bila aku cerita kat adik-adik aku, dorang pun lebih kurang sama je. Even my parents pun pernah mengalami perkara yang hampir sama masa dorang kecik-kecik dulu. Hurm, memang puasa yangyuk popular dikalangan kanak-kanak. Dan jugak dikalangan segelintir orang dewasa.

p/s: ahlan wasahlan ya Ramadhan.

2 comments:

Natasya H. said...

Hehe nasib baik masa kecik2 tak pernah buka puasa curi-curi =P Tapi start belajar puasa pon agak lambat..

Unknown said...

baguslah..:P
ok,kt bagi 1 tabik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...