Sunday, November 28, 2010

p0nim2..

Next month birthday 'adik bongsu intan payung tersayang'. Tak tahu la nak beli apa. Confuse. Apa yg budak umo 11 tahun suka ek?? Tiap kali balik pun mesti aku and kakak ku beli baju tido kat 'adik bongsu intan payung tersayang' ktorg. Ingat kan dia tu Sleeping-Not-So-Beauty ke ape?? Nak beli 'bear-bear',,nanti dia takut pulak. Abah tak suka ada patung2 kat umah ni..Hm,,nak beli pe ek??

Kalau orang tua (opsss..tersasul..)... Kalau orang dewasa cket mudah la nak bli..

Pkir..pkir..

Sunday, November 21, 2010

eSok dah sTarT..



warghh!! malass!!


Sok dah start sem baru..


terasa malas sangat,,sbb...emm,malaslah...


happy pun ada,,sbb satu sem pula akan menjengah dan berlalu pergi..


berdebar pun ada,,sbb result2 bakal diumumkan and if fail..need to have new

strategy..plan B..jadi ULAT BUKU..x nak kenak VIVA lagi..


takut pun ada jugak,,sbb patient x de lagi for PAED n OS...


walaupun perasaan bercampur baur cam rojak...need to do the best for this

NEW SEM..


SEM BARU dengan AZAM BARU..


STUDY WELL and DO BEST for PRO EXAM....insyallah..

Friday, November 19, 2010

kedekut VS jimat

Hari raya Aidil Adha..uncle ku dari KL balik beraya ngan ktorg kat kelantan ni..ape yg best bla uncle aku balik adalah cerita2 dia..drpd yg lawak, hinggalah yg membina..dari cerita kehidupan seharian, hinggalah kisah2 politik..semua dia citer..

17 11 2010,ada satu cerita baru yg uncle aku share..citer ni berkaitan dengan sorg pemilik gedung beli belah terkenal di Malaysia dan ada about 8000 pekerja..kalau aku bgtau klu cket je, msti korg kenal punyer..Apa yg aku sgt kagum ngan tokey ni ialah sifat berjimat cermat dia..Mula2 dngar citer ni, perkara pertama yg terlintas ialah,,KEDEKUT!! Tapi, bila banyak kali fikir, dia memang PANDAI JAGA DUIT!!

Alkisahnya, tokey ni bila makan kat luar ngan family, dia takkan order air..especially air yang boleh buat kat umah spt air teh ais..kalau nak order air, air kosong jela dibenarkan..yela, kalau order kat luar, berapa dah yg dibelanjakan..Ada satu masa tu, si tokey keluar makan kat luar..dia order la mi goreng sepinggan + air 0 + asam limau lebih..Nak tau asam limau tu buat pe?? Dia perah lam air..Jadi la singa beng takde gula..hu2..banyak jimat ar..

Walaupun duit berkepuk2, tapi still berjimat cermat..Comment from my father,,tulah cara org bisnes yg bersungguh..simpan duit 4 masa dpn..tak mcm org kita ni, ada duit ckit, terus joli..beli tu..beli ini..And i'm just nodding..agree la tu..ngee..

Hm,mungkin boleh aku praktikkan bila masuk sem baru ni..langkah berjimat cermat la katakan..Kpd kawan2 ku semua, jgn cop aku kedekut plak eh..coz aku tengah berjimat utk memastikan kelansungan wang sampai abes sem 6 ni..kwang2..

Aku juga kagum dgn cara dia layan anak dia..walaupun dia tu tokey kedai tu, tp anak2 xde la senang2 je blh jwatan dlm syarikat..He ask his children to work with other company for 5 years before they can work under him..Dan sebab tak nak kerja ngan company luar, sorang anak dia bercadang nak jual aiskrim..And he told his father that he will have 100 lorries in 5 years.. w0w,,tinggi cita2..but,yes, it's possible..

Kalau ngn pekerja x yah nak citerla..dia sorang yg tegas..Ada satu cawangan kedai dia ni, bertentangan ngan Giant..(kalau x silapla..) Kalau dia nampak je parking kat Giant tu penuh, trus dia panggil manager. "u know what?? I made some mistake. Chosing u as a manager." Huargh!! ngeri..terus kena pecat..

Pape pun,, ciri2 nya yg ku kagumi spt diatas, hanya sesuai tuk dikagumi and dipraktikkan kat diri sndiri..dan tak patut 100% ada pd calon suami nnti..40% je, mybe..:)

Tuesday, November 16, 2010

malas nak wat pape..

cuti !!!

Dah start cuti ni, bermula lah jugak otakku nak start cuti. Cam malas nak wat pape. Asyik duk memerap kat umah je. Nasib baik tak rajin ngangkut buku bawa balik kelantan. Kalau tak, pasti nyesal nak pikul balik KL nanti. Dah la tak buka pape pun. Nak pergi jalan2, setakat bandar KB tu bolehlah kalau nak naik teksi. Almaklum lah, lesen tak de agi. Jangan harap la lesen kereta nak ada. Lesen basikal pon tak lepas. Lepas masuk longkang ada la. Huh,nyanye2..Bilalah nak leh lesen ni...Erm,,okay, this will be one of my planning for the next year,insyallah if i'm still breathing and sharing the same air with all of u.

Preparation for raya haji ?? Nothing done. Mama kata, kita buat ala kadar je. So,tak de buat pape pun. Ni lah first time raya yang tak letih sangat. Esok pagi baru terkejar2 nak masak. Menunya, roti jala+kuzi ayam= sedap bangat!!

K, nak chaow la dulu, coz dah malas nak tulis. Korang pun mesti malas nak baca pon. Pape pon, Selamat Hari Raya Aidil Adha..MZB.. :)

Saturday, November 13, 2010

aku..ais..ping and beng..

~~hee~~

Two post in one day. Bukannya rajin sangat pun, tapi kemalasan nak study for muet sok. Just muet, and then i'll be free.Yeees!!..(erm, only for a week..T_T.).Then, boleh balik rumah.Mummy...daddy...wait for me..!!!

Hm,,Malam ni nak share pasal satu benda ni. Tiba-tiba ketagih nak benda ni. Not dadah musuh negara tu, ok! One of my fav. Maybe yours too..pasal teh ais ataupun minuman yang sewaktu dengannya. Macam2 nama yang dibagi kat minuman2ni..depends on negeri..Misalnya,kat kelantan ktorang panggil teh/milo beng.kat sabah, milo/teh ping..kat negeri lain tak pasti la pulak. Kena tanya la nanti..

Hm,,mesti pelik kan, malam-malam nak post pasal minuman ais ni. Special sangat ke dia ni??Or aku dah buang tebiat?? Padahal ia cuma teh/milo yang dicampur susu and then cedok ais. Siap.

Actually, bukan nak cerita sangat pasal teh or milo ais tu..Tapi, kisah di sebalik tabir 'pengoderan' dorang ni.Korang rasa apa yang terjadi kalau korang order milo ais ikut loghat kelantan kat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur??

Adik aku dah pernah buat dah. Tapi bukanlah kat tengah2 bandar KL tu. sipi2 je..Time tu my family tgh sarapan kat restoran mamak kat Nilai. Tak ingat apa nama restoran tu. Nak tahu apa jadi??....Baca kisah dibawah..

====================================================================
Scene 1

Bro : Bang, milo beng satu. ( Adik yg tak sedar diri..he2)

The waiter just give him a small nod and went to the kitchen. After 2 minutes, he came with a glass of yellow liquid.

Waiter : Nah, air.
Bro : Kenape kaler air milo ni kuning?? (hu,,buat2 blur..)
Waiter : Aiyoo,,ini AIR BELIMBING ar..bukan milo..
Bro : Tadi order air milo ais la..
Waiter : ?? (aku ada sound problm ke??)

At that point,we just realized that we're in Nilai..not Kelantan. And also, 'milo beng' sounds like belimbing. Tu lah jugak first time aku dengar orang order jus belimbing. Tapi kesian kat mamak tu kena buat air milo ais balik.

Tu kisah adik aku yang tak berapa sedar diri.. Apa yg jadi kat aku n kawan aku pulak dah kira masuk kategori lupa diri..Nak tahu kisahnya..Baca la lagi..Kalau dah tak nak baca, tekan tanda 'x' kat sudut kanan tu yer..

====================================================================

Scene 2

This happened in Kelantan, during my clinical attachment kat Klinik Pergigian Besar KB tu (klu tak silap la..)

Waiter : Nok air gapo??
Me : Air teh ais.
Friend I : Teh beng.
Friend II : Teh beng.
Friend I : Oo,,nok air teh beng 2..teh ais 1..(hu2,,my friend try to simplified our order)

Huh,,terus je waiter tu gelakkan ktorg..Tak ke teh ais ngan teh beng tu sama??

====================================================================
Ni pulak kisah antara aku, dia dan air milo..Tak membabitkan cinta 3segi pun..Alkisahnya begini..

Scene 3

This had happened in Sabah. Cousin suruh buatkan dia milo ais.

Cousin : Kin*, buatkan milo ping** satu.
Me : (dgn blurr nya..) Camne nak jadikan milo colour pink??


And sekali lagi ditertawakan gara2 air milo/teh ais.


*Nama manja aku..
**In sabah, they refers iced drinks as 'ping.' From what I've read, this word comes from Hakka.

============================================================================

Ha,,tulah kisah yang aku nak kongsi malam2 ni. Walaupun kisah tak berapa menarik, tapi, at least dapat la jugak hilangkan tension ni. Sory kat sape2 yang bertambah tension lepas baca post ni. Drpd kisah2 ni, bnyak jugak pngajaran yg aku dpt, antaranya:

1. sentiasa sedar diri & x lupa diri tak kira di mana anda berada..
2. Belajar la loghat negeri len jugak..jgn jadik cam katak kat dalam kasut sekolah aku dulu..
3. Last,pilihlah kwn yg dpt bezakan teh ais ngan teh beng...hu2, sorry s****.

K ar, dah nak gi study ni...chaow bedah..(ala2 kak b..)
p/s: this post had been written on 12 Nov and published on 13 Nov due to some reasons.

Sunday, November 07, 2010

BAGHBAN

..0220..

Mata tak nak tido lagi..ntah la,tak tau knapa..munginkah penangan semangkuk meggi n secawan mocha td??..tapi mujur la mata x nak trlelap lagi, coz tiba2 dtg idea nak post kat blog yg dah lama x update ni..

Tak de la nak kongsi apa pun. Cuma just nak kongsi pasal satu cerita Hindustan yg aku tngok ptg td. Actually,,dah 3 kali tngok cite ni..Tapi,saje gatal nak tengok lagi..hee..

“Baghban” (he2,,x sedar diri btul.dh la nak exam). Aku bukan la jenis yg layan sgt cerita Hindustan ni,sbb x suka time dy nyanyi2 tu.. Tapi, bg aku cerita Baghban ni antara cerita Hindustan yg aku minat, after cerita “3Idiot”. Mmg menyentuh perasaan dan kalbu betul..Ada la jugak empangan kawan aku yg pecah,,banjir la jgak.(kawan aku ni anti Hindustan..tp terlekat jugak depan TV tu,he2).Aku pulak duk cube control macho..Tapi,air mata tetap brtakung jugak akhirnya. Tunggu masa nak melimpah je. Mujur la pkai speck..x la nmpak sgt,kan?..hehe..I’m trying not to cry in front of people..

Oh,,berbalik pasal Baghban..Cerita ni pasal sepasang suami isteri yg sanggup berkorban demi empat org anak2 dorg. Nak ape je, mak bapak boleh bagi. Anak yang sekecil tapak tangan, ditatang dgn penuh kasih sayang, sampailah mereka semua berjaya.Tapi,bila ibu bapa dorg mintak nak tinggal ngan anak2,nak merasa kasih sayang daripada sang anak, semua mula nak lepas tangan. Beban la konon??!! And finally, they separated their parents. You take mum with you, and I’ll take dad. Bayangkan,,perpisahan selama 6 bulan,setelah berpuluh-puluh tahun hidup bersama amat la memeritkan.Tambah2 lagi dengan perangai anak2 yang tak kenang budi..Hehe,,emosi la plak..Nak tahu lebih lanjut, tengok la ye cite ni..Pape pun,thumbs up utk cerita ni,,banyak pengajaran n sesuai utk tontonan umum.~~

And for my beloved parents..ekin takkan lupakan semua yg mama n abah buat utk ekin..I promise i'll not become like the children..luv u both,,always and forever..:)

p/s: cite ni sesuai ditonton oleh sesape yg ada niat nak menderhaka pd mak bapak..jgan sampai mak bapak kita tak mengaku anak..PEACE,,NO WAR..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...