Saturday, November 09, 2013
Friday, November 08, 2013
GEMPAR!! Kucing Pengsan Lepas Sapu Rumah
KOTA BHARU- Seekor kucing yang sedang sarat mengandung ditemui pengsan oleh seorang penduduk kampung di sini. Kejadian ini disedari selepas penduduk terbabit terlihat seekor kucing betina yang mengandung beberapa bulan, tidak sedarkan diri di dalam sebuah penyodok sampah di rumahnya. Turut ditemui berdekatan mangsa ialah sebatang penyapu yang kemungkinan digunakan oleh mangsa untuk membersihkan tempat tidurnya. Satu lagi mangsa yang berkemungkinan suami mangsa, turut tidak sedarkan diri.
Laporan berhubung kejadian berkenaan telah dibuat di ibu pejabat polis Tanjung Rambutan. Mangsa yang terlibat segera dihantar ke hospital yang berdekatan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan. Kesemua mangsa dilaporkan stabil dan telah sedarkan diri. Punca kejadian belum dikenal pasti, dan berkemungkinan disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan ataupun BANYAK MAKAN. Berikut ialah foto mangsa yang berjaya dirakam oleh saksi berkenaan. Hehe. Enjoy deh.
Thursday, November 07, 2013
The nightmare
Assalamualaikum,,
Post ni bukanlah berbaur seram kemayan ataupun citer hantu jepun. Ni kisah mimpi ngeri aka nightmare aku masa zaman beringus dulu. Kalau tak silap dalam umur 5tahun. Sampai sekarang aku ingat lagi mimpi menakutkan tu. (Bagi seorang budak kecik tak cukup umur, memanglah takut. Tapi bila fikir balik sehabuk pun tak seram nightmare aku tu.)
Apa yang aku still ingat, aku pergi bukak bilik tidur kami adik beradik. Bukak je, tersembul la sebijik mata besar kat atas katil. Nak cakap bola mata pun dop, sebab dia tak bulat. Dek terkejut plus takut, aku terus lari keluar. Tak tahu la macam mana, tiba-tiba je aku sampai kat pasar dan ada 2 orang berpakaian kot hitam dan berkaca mata hitam kejar aku. Mesti rasa de javu kan. Macam men in black. Tu je yg aku ingat. Hampeh.
Dah kata memang tak seram pun. Tapi disebabkan mimpi ni, aku berhari-hari duk bercerita dgn semangatnya kat mak bapak ku, dan beberapa hari juga tak lena tidur. Memang satu nightmare utk aku dan juga orang kat skeliling aku time tu.
Kalau nak jelas macam mana rupa mata tu duk mengerling manja kat aku, aku ada lukis utk memudahkan korang nak imagine, dan juga memudahkan aku kalau tiba2 aku diserang dementia.