Thursday, November 07, 2013

The nightmare

Assalamualaikum,,

Post ni bukanlah berbaur seram kemayan ataupun citer hantu jepun. Ni kisah mimpi ngeri aka nightmare aku masa zaman beringus dulu. Kalau tak silap dalam umur 5tahun. Sampai sekarang aku ingat lagi mimpi menakutkan tu. (Bagi seorang budak kecik tak cukup umur, memanglah takut. Tapi bila fikir balik sehabuk pun tak seram nightmare aku tu.)

Apa yang aku still ingat, aku pergi bukak bilik tidur kami adik beradik. Bukak je, tersembul la sebijik mata besar kat atas katil. Nak cakap bola mata pun dop, sebab dia tak bulat. Dek terkejut plus takut, aku terus lari keluar. Tak tahu la macam mana, tiba-tiba je aku sampai kat pasar dan ada 2 orang berpakaian kot hitam dan berkaca mata hitam kejar aku. Mesti rasa de javu kan. Macam men in black. Tu je yg aku ingat. Hampeh.

Dah kata memang tak seram pun. Tapi disebabkan mimpi ni, aku berhari-hari duk bercerita dgn semangatnya kat mak bapak ku, dan beberapa hari juga tak lena tidur. Memang satu nightmare utk aku dan juga orang kat skeliling aku time tu.

Kalau nak jelas macam mana rupa mata tu duk mengerling manja kat aku, aku ada lukis utk memudahkan korang nak imagine, dan juga memudahkan aku kalau tiba2 aku diserang dementia.



p.s#  sila abaikan nama cik poll sitara tu. Tu nama glamour time jadi artis tak bertauliah berdekad yg lalu.


Wednesday, November 06, 2013

Baking project: Carrot almond cake with cheese frosting

Assalamualaikum,,
Lama sangat dah tak post apa-apa kat blog ni. Bukan tak sempat, tapi tangan ni malas sangat nak menaip. Kerana cuti yang amatlah panjang ni, sampai tak tahu nak buat apa dah, maka barulah tertergerak hati nak menaip.
Disebabkan harini, hari membaking kek, so, post ini hari pun pasal kek la jugak. Kek yg aku buat hari ni adalah "carrot almond cake with cheese frosting", atau dalam bahasa melayunya, "kek lobak almond dengan lepa keju". Panjang gila nama. Kek ni adik bongsuku yang request selepas berkali-kali menyuruh abang dia pergi beli kek lobak. Feveret katanya. Aku pula,memang tak makan kek carrot ni, sebab aku kurang sikit makan sayur.
Dah takde kerja nak buat,pagi tadi start la buat kek ni. Lepas je semua pergi sekolah,terus aku pergi dapur, parut carrot. Sampai patah pemarut tu aku kerjakan. Setelah hampir 3 jam duk mengotorkan dapur, nilah hasilnya yang keluar.

Resepinya saya ambik kat myresepi: By newbie123



Bahan-bahan ( 1 biji kek )

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran [letak minyak jagung]
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis [tak letak]
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg) [tak letak gak]
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang [aku letak kismis gak]

Cara-cara

Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebatiMasukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

Utk topping aku main campak je cream cheese, butter, gula, esen vanila perahan limau sikit. Kalau nak resepi yang sedap, boleh tengok kat blog 'air tangan cik siti'


p.s#  adik aku spm harini. All the best and good luck. Get as many As as u can..

Friday, July 13, 2012

ESS III: Puasa yangyuk



Pejam celik pejam celik, Ramadhan bakal datang lagi. Tinggal beberapa hari je lagi. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan bernafas di bawah langitNya. Ya Allah, izinkan aku lagi untuk melalui RamadhanMu kali ini. Insyallah. How I miss it.

Masa zaman kecil dulu, part yang paling gembira time puasa ni, ialah time nak menunggu penguguman puasa tu. Padahal bukan muka Doremon pun yang keluar kat tv tu. Tapi, aku ngan adik-beradik yang lain memang setia menunggu walaupun dah tau esoknya mesti puasa. Walaupun tu bukan first time kami berpuasa, tapi disebabkan Ramadhan cuma setahun je sekali, kami adik-beradik dah macam orang 'darat' la pulak. Habis ja penguguman tu, terus kami bersorak ramai-ramai. Yeye, esok puasa!!

Masing-masing tersenyum lebar. Dalam hati memang duk pikir nak makan apa sahur esok pagi. Semua plan nak bangun awal pagi. Nak tolong mak sediakan sahur la, ada yang plan nak masak menu sahur yang special sikit.

Keesokannya.....

Hm,,tau-tau jelah. Semua liat nak bangun. Bangun tu pun sebab abah yang kejutkan. Kalau tak, bersahur dengan air liur basi dan sisa-sisa di celahan gigi jelah. Dengan mata yang masih terpejam, aku bangun la jugak. Tengok kat atas meja, dah siap pun makanan untuk sahur. Senang je. Panaskan je lauk-pauk dan nasi semalam. Tak payah susah-susah nak masak. Kalau masak pun, bukannya makan. Mama dan abah je yang makan nasi time sahur. Kami yang kecik-kecik ni terkebil-kebil tak tahu nak makan apa. Nasi waktu-waktu macam tu bukanlah menu yang sesuai. So biasanya, kami sahur dengan nestum jelah. 

Tu masa sahur. Lepas sahur hingga waktu tengah hari adalah waktu yang aku paling aktif. Perut langsung tak rasa lapar. Rasa bertenagalah orang kata. Yelah, waktu tu kan masih sesi sekolah. Kalau lapar pun, tak boleh nak buka puasa. Tak pasal-pasal kena kutuk dek kawan-kawan sebab puasa yangyuk. Tak kurang jugak yang pergi report kat cikgu.

Pernah dengar tak orang kata;  "Puasa yangyuk, tengah hari buka periuk"
 
Dulu aku pelik jugak, kenapa time tengah hari baru dia buka periuk. Tapi, setelah bertahun-tahun aku puasa, baru aku perasan sesuatu. Time tengah hari la biasanya perut aku start menyanyi minta diisi. Nafsu makan time tu memang memuncak. Tengok iklan tv pun terliur. Lagi-lagi, iklan time bulan puasa ni banyak tunjuk gambar makanan yang melelehkan air liur aku. Iklan biskut-biskut raya lah. Orang duk tuang-tuang soya campur cincaulah. Kenapa sebelum Ramadhan tak nak siar pun. Hurm. Time ni lah keimanan memainkan peranan paling penting. Sabar dan sabar walaupun perut tengah menyanyikan lagu 'Keroncong untuk Ana.'

Biasalah, budak baru belajar puasa, adalah time dia pergi senyap-senyap curi makan. Bagi sesiapa yang tak pernah curi-curi bukak puasa masa kanak-kanak dulu, alhamdulillah lah. Aku memang tabik kat korang. Tapi aku tak boleh nak tabik spring kat diri aku sendiri sebab aku pernah buat benda tu. Ala, ramai je yang pernah buat time kecik-kecik dulu.

Cerita aku, aku pergi seludup biskut raya yang mama aku baru keluarkan dari oven, terus masuk ke dalam poket. Kalau dapat satu tu pun kira ok lah. Dua tiga lagi cun. Agak-agaklah, nak rasa biskut tu je sebenarnya.  Terus je aku lari masuk bilik dan makan dengan cepatnya. Sebelum keluar bilik, kena lah check mulut takut ada bukti-bukti tertinggal. Then, pergi dapur balik tolong mama buat biskut raya. Pernah tu, aku culik segenggam kacang yang mama aku goreng untuk dibuat biskut kacang. That's why aku tak berapa gemar kalau mama ajak buat biskut raya time siang-siang ni. Dugaannya amat besar bagi seorang kanak-kanak seperti aku. Sebab tulah aku selalu ajak mama buat malam-malam lepas berbuka, sebab boleh makan biskut tu terus.

Yang tu cerita aku time kanak-kanak. Bila aku cerita kat adik-adik aku, dorang pun lebih kurang sama je. Even my parents pun pernah mengalami perkara yang hampir sama masa dorang kecik-kecik dulu. Hurm, memang puasa yangyuk popular dikalangan kanak-kanak. Dan jugak dikalangan segelintir orang dewasa.

p/s: ahlan wasahlan ya Ramadhan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...