Friday, July 13, 2012

ESS III: Puasa yangyuk



Pejam celik pejam celik, Ramadhan bakal datang lagi. Tinggal beberapa hari je lagi. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan bernafas di bawah langitNya. Ya Allah, izinkan aku lagi untuk melalui RamadhanMu kali ini. Insyallah. How I miss it.

Masa zaman kecil dulu, part yang paling gembira time puasa ni, ialah time nak menunggu penguguman puasa tu. Padahal bukan muka Doremon pun yang keluar kat tv tu. Tapi, aku ngan adik-beradik yang lain memang setia menunggu walaupun dah tau esoknya mesti puasa. Walaupun tu bukan first time kami berpuasa, tapi disebabkan Ramadhan cuma setahun je sekali, kami adik-beradik dah macam orang 'darat' la pulak. Habis ja penguguman tu, terus kami bersorak ramai-ramai. Yeye, esok puasa!!

Masing-masing tersenyum lebar. Dalam hati memang duk pikir nak makan apa sahur esok pagi. Semua plan nak bangun awal pagi. Nak tolong mak sediakan sahur la, ada yang plan nak masak menu sahur yang special sikit.

Keesokannya.....

Hm,,tau-tau jelah. Semua liat nak bangun. Bangun tu pun sebab abah yang kejutkan. Kalau tak, bersahur dengan air liur basi dan sisa-sisa di celahan gigi jelah. Dengan mata yang masih terpejam, aku bangun la jugak. Tengok kat atas meja, dah siap pun makanan untuk sahur. Senang je. Panaskan je lauk-pauk dan nasi semalam. Tak payah susah-susah nak masak. Kalau masak pun, bukannya makan. Mama dan abah je yang makan nasi time sahur. Kami yang kecik-kecik ni terkebil-kebil tak tahu nak makan apa. Nasi waktu-waktu macam tu bukanlah menu yang sesuai. So biasanya, kami sahur dengan nestum jelah. 

Tu masa sahur. Lepas sahur hingga waktu tengah hari adalah waktu yang aku paling aktif. Perut langsung tak rasa lapar. Rasa bertenagalah orang kata. Yelah, waktu tu kan masih sesi sekolah. Kalau lapar pun, tak boleh nak buka puasa. Tak pasal-pasal kena kutuk dek kawan-kawan sebab puasa yangyuk. Tak kurang jugak yang pergi report kat cikgu.

Pernah dengar tak orang kata;  "Puasa yangyuk, tengah hari buka periuk"
 
Dulu aku pelik jugak, kenapa time tengah hari baru dia buka periuk. Tapi, setelah bertahun-tahun aku puasa, baru aku perasan sesuatu. Time tengah hari la biasanya perut aku start menyanyi minta diisi. Nafsu makan time tu memang memuncak. Tengok iklan tv pun terliur. Lagi-lagi, iklan time bulan puasa ni banyak tunjuk gambar makanan yang melelehkan air liur aku. Iklan biskut-biskut raya lah. Orang duk tuang-tuang soya campur cincaulah. Kenapa sebelum Ramadhan tak nak siar pun. Hurm. Time ni lah keimanan memainkan peranan paling penting. Sabar dan sabar walaupun perut tengah menyanyikan lagu 'Keroncong untuk Ana.'

Biasalah, budak baru belajar puasa, adalah time dia pergi senyap-senyap curi makan. Bagi sesiapa yang tak pernah curi-curi bukak puasa masa kanak-kanak dulu, alhamdulillah lah. Aku memang tabik kat korang. Tapi aku tak boleh nak tabik spring kat diri aku sendiri sebab aku pernah buat benda tu. Ala, ramai je yang pernah buat time kecik-kecik dulu.

Cerita aku, aku pergi seludup biskut raya yang mama aku baru keluarkan dari oven, terus masuk ke dalam poket. Kalau dapat satu tu pun kira ok lah. Dua tiga lagi cun. Agak-agaklah, nak rasa biskut tu je sebenarnya.  Terus je aku lari masuk bilik dan makan dengan cepatnya. Sebelum keluar bilik, kena lah check mulut takut ada bukti-bukti tertinggal. Then, pergi dapur balik tolong mama buat biskut raya. Pernah tu, aku culik segenggam kacang yang mama aku goreng untuk dibuat biskut kacang. That's why aku tak berapa gemar kalau mama ajak buat biskut raya time siang-siang ni. Dugaannya amat besar bagi seorang kanak-kanak seperti aku. Sebab tulah aku selalu ajak mama buat malam-malam lepas berbuka, sebab boleh makan biskut tu terus.

Yang tu cerita aku time kanak-kanak. Bila aku cerita kat adik-adik aku, dorang pun lebih kurang sama je. Even my parents pun pernah mengalami perkara yang hampir sama masa dorang kecik-kecik dulu. Hurm, memang puasa yangyuk popular dikalangan kanak-kanak. Dan jugak dikalangan segelintir orang dewasa.

p/s: ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Thursday, July 12, 2012

ESS II: i'm synonym with 2D



It's not about the 2D movie or whatever it is called. It's about how the number 2 and D is so synonym with my life. Maybe some of you have your own fav number or even fav letter. Just like my friend who love 7 as she was born on July. And I love number 8 not only because I was born on that month. Actually, I do love the figure of the 8. Maybe because it do look like a curve of a woman.

2 plays great role in my life. I am the number 2 in my siblings. In my primary school, most of the time, i always got number 2 in exam. Almost of the time maybe, from standard one to six. And the one who always be the number one is 'he'. There was one time when I finally got number 1. I was so happy, cause number 1 means, larger presents from the teachers. But, my happiness was not last longer. My mum who was my class teacher, give me back my number 2 and 'he' got his number 1 back. Reason is, she afraid that 'he' and 'he' mum will be sad just because 'he' got one point below me.

Then, when I entered university, I seat for MUET. It happened again. I failed to get the required band with just 2 marks below the borderline. Then, the second time, I manage to get that band with just 2 marks over the borderline. I was lucky for just 2 marks. But, that's not mean 2 is my lucky number.

D. That's what my friends call me. With a single D or double D. My name also start with a D. And I take a course which also start with D. Insyallah, I will be a Dentist and got a title D front of my name.Insyallah. Hope I will be one of the final year student for the next sem.

p/s: my future H also will start with  D as I'll call him 'Darling'..Just kidding..

Just to make it clear,,H stands for Hubby. Not an initial of someone.. (-L-)


Wednesday, July 11, 2012

when 1 + 1 is not 2




Two is not the answer for 1 plus 1 when,
A man have a date with his non-muhrim,
 Even just two of them,
In the reality, they are three
One you cannot seen is accompanying you.

It is not two,
When a man got married with a woman,
 as the marriage is not just between that two,
and it bond both family too.

The sum is maybe just one,
When ukhuwwah fillah is what we 
And all of us is just one,
with one





Tuesday, July 10, 2012

Entry sebelum study I


Masa kecik-kecik dulu, mama ajar, setiap kali sebelum tidur, baca tiga Qul plus doa tidur dan tiup kat seluruh badan. Mama kata buat doa pelindung. Aku pun praktis lah tiap malam. Maybe dulu-dulu aku ni sangat penakut. Selalu terbayang  hantu kat atas almari la, kat bawah katil la. Kadang-kadang, bantal peluk aku yang macam hantu bungkus tu, aku buang jauh-jauh. Manalah tahu dia bertukar jadi benda lain. We never know,hehe.

Tapi sekarang, doa tidur pun tak ingat nak baca. Letak je kepala, terus K.O. Kalau time ingat nak baca tu, bacalah jugak. Tapi boleh dibilang dengan jari. Bukan tak ingat nak baca, tapi terlupa.

Masa kecik-kecik dulu, mama larang kami buat bising tiap kali time maghrib. Sebelum maghrib, semua kena ada kat dalam rumah. Tak boleh berkeliaran, sebab time tu, banyak benda lain tengah berkeliaran.Time dari azan maghrib ke azan isyak,kami semua kena duduk diam-diam. Tak boleh bergurau dan main-main. Mama selalu kata, kalau main time tu, nanti benda tu ikut main sama. Aku fikir, mungkin tu just cara orang-orang tua nak mengawal anak-anak dorang. Tapi, bila tengok adik aku yang benjol kat kepala akibat main tumbuk bantal sorang-sorang time maghrib, aku jadi percaya.

Tapi sekarang, time mahgrib pun aku still ada kat luar rumah jugak. Kadang-kadang bergurau bersama teman and buat bising bersama. Hm, tak de la pulak benda tu nak buat bising bersama. Myb dia suka kacau budak-budak je kot.

Masa dulu-dulu, dalam 3-4 bulan sebelum exam, mama mesti tak bagi kami tengok tv. Mama akan tampal kertas besar kat skrin tu. "NO TV". Aku ingat lagi, time mama and abah tak ada kat rumah, adik aku akan curi-curi tanggalkan kertas tu. Aku pun join la sekaki tengok tv. Bila mama balik, mama sentuh belakang tv. Huh, panas dowh. Takpe, adik aku yang on, dia yang kena. Jahat.

Tapi sekarang, aku dah belajar kat uni, jauh dari rumah. Semua tu aku tak praktis dah. Study pun depan tv. Even now, bertambah lagi dua skrin. Skrin phone and skrin lappy. Sekarang pun tengah khusyuk menghadap laptop, and on the way nak melayan tv pulak.

Sudah cukup cukup sudah,,study study la weh..




Andai dapat diundurkan masa



Kelmarin aku balik Kelantan. Walaupun just sehari, rindu terubat jugak bila tengok wajah orang-orang tersayang yang gembira bila kita balik. Sampai berpuluh-puluh biji durian kenak suruh pulun. Mentang-mentanglah musim durian, ,jenuh tangan duk membaling sisa kulit-kulit dan bijik-bijik durian tu kat belakang rumah; dengan harapan ada lah sebatang dua yang tumbuh nanti.

Malam sebelum aku balik KL tu, mama masuk kat bilik, lepak-lepak kat katil aku. Mama asyik tanya je kenapa balik sehari je, tak puas lagi katanya. Walaupun bukan salah aku, tapi salah kelas and folder checking tu, tapi aku tetap rasa bersalah. Kesian mama. Tapi aku pun salah jugak, sebab jarang sangat balik. Samalah jugak dengan adik-beradik yang lain. Semua bertebaran kat dalam usim.

Bila dah besar ni, semua pun sibuk dengan urusan masing-masing. Even satu uni, tapi nak dapat cuti sama-sama tu payah sangat. Tak tahu la kalau semua dah kerja nanti, mesti mama dengan abah sunyi. Aku tahu dorang rindu waktu-waktu dulu bila satu family cukup. Pergi makan angin kat pantai-pantai, melawat sedara-mara kat sabah. Mama kata; kalaulah boleh sumpah kitaorang ni, mama nak sumpah kami semua jadi kecik balik. Bolehlah mama bawak pergi jalan-jalan. 

p/s: mama plan raya ketiga nak jalan pi PERAK. Harap-harap time tu semua masih cuti.
p/s I : BTW, congratz to my sis..waiting for your graduation day..:)

e-m-o

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...